Wednesday, November 25, 2009

Saje nak share


Semalam pi cari barang sikit kat Sogo after ofiz hour..
Aku dapat info pasal kat sogo ada jual benda yang aku cari selama ni tapi tak jumpa..


Ape lagi Avent Trainer Handles ler..

Bercinta aku cari kat sana sini..promote Avent kata dah takde stock..Geram lak le aku dengar..dedulu aku tak nak beli banyak lak depan mata, aku nak haram satu pun takde..Ada le dekat setahun aku cari since Darwisy umur 7 bulan..Maklum le anak2 orang 7-8 bulan dah pandai pegang botol susu sendiri..Anak aku dah 1 tahun 7 bulan still orang pegangkan..

Bila dah berada kat Sogo apa lagi belikan mainan darwisy le..semalam aku belikan satu je mainan tu pun sebab ada sale..kalau tak tunggu le papa dia..xoxo!

Sampai umah aku layan2 Darwisy main mainan baru dia dulu pastu masuk maghrib hubby mandikan dia..aku pun cepat2 buatkan susu untuk Darwisy nak tengok gak nak ke dia pegang sendirikan.

Tetengok dulu..

Baru minum..ok kan?? aku tak pegangkan langsung time dia minum tau..


Keputusannya..Awisy gembira minum sambil pegang botol sendiri..mungkin handle ni memudahkan dia kot..

Wahhh! gembira betul aku..lepas ni aku dah tak payah nak mengadap sambil pegang botol untuk Darwisy..Senang keje aku sikit..xoxo!

Monday, November 23, 2009

IS COMING!!

What ??

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


pic : google

Morning Sickness...
help me!!

Thursday, November 19, 2009

AKTIVITI HUJUNG MINGGU..MidValley ler!

Last weekend pi Midvalley sesaja bawak Darwisy berlibur..hikhik! Tetiba nampak Haagen-Dazs dia boleh jerit separuh maut nak "AISKRIMMMMMM!" sambil berlari pi kat kiosh Haagen-Dazs.. Bijak anak mama..ni le cara bijak nak poww ais krim dgn ibu bapak mu..erghhhh!

Bila dah order papa kata nak pi solat ok ler..aku duduk dulu dengan Darwisy pastu tetiba dia nampak sesuatu kat kedai jual barang2 gym..mencicit dia lari nak main treadmill..

Nak ni bukan rumah kamu..atau rumah sedara mara kamu..sila bersopan santun yer!

Takde maknanya nak nasihat bagai..gitu le jugak perangai dia..Nasib taukey kedai tu ok..terkulat2 dia tengok Darwisy yang expert main mendatang tu..yele dah hari2 dia main kat rumah mau tak expert dan fit..xoxo! sampaikan orang haagen dazs tu cari kite orang le sbb aiskrim dah siap..

Bila makan ais krim da sebiji strawberry.. dah sebijik habis nak lagi..mana nak cari nak oii! bila dah settle papa pun dah balik dari solat dia habiskan aiskrim kite orang bayor terus blah..kang ada menjerit nak strawberry pulak..pastu aku pi bawah belikan buat strawberry makan sampai habis le nak yer...erghh!

*pic aiskrim tak dapat amik sebab terlalu kecoh nak mengawal darwisy bila papa dah ada dah settle makan baru teringat nak snapp..ni je yang sempat

Hamik ko makan aiskrim sajork RM39++
Baik makan kat Baskin Robbin...lagi best..

DARI KL - ALOR SETAR

Kan hari tu pi Alor Setar ada keje rasmi sikit..bila sampai Alor Setar bergegas cari Hotel Seri Malaysia..Rupa2nya hotel tu kat area Stadium..Kebetulan lak kat stadium ada SUA RASA tv9 pehhh! manusia punya le ramai...Awal2 aku dah nampak KFC betul2 depan hotel..yang best Alor Setar ada KFC pandu lalu pastu 24 jam beb!! besttttttt!


Welcome to Alor Setar..

Alor Setar, Kedah!

Bila dah check in aku dgn member lain jalan setapak dua sampai le kat tapak SUA RASA tu...ramai gak artis tv9 mcm farah deeba dll..yang lain aku tak kenal..banyak jgk booth depa dirikan..rupanya hari sabtu yang aku sampai tu kira hari penutup..heran lak aku..yele ahadkan hari berkerja bagi negeri kedah..lupa-lupa!


SUA RASA TV9

Sabtu malam tu makan area Alor Setar je..singgah kat satu restoran nama nama aku lupa..tapi semua ada..aku makan biasa2 je..nasi goreng pastu tomyam pastu kerabu udang..rasanya biasa juga..hikhik! cuba ko tanya harganya..pasti le MAHALLLLL! lagi mahal dari kat KL okkkkkk! tetiba semua merunggut hinggat aku sorang je rasa harga Alor Setar harus le murah sikit dari KL kan..nasi goreng kampung RM4.00 ye kawan2..mungkin KL ada menara KL pastu harga makanan harus le sama sebab Alor Setar ada menara Alor Setar...xoxo!


Menara Alor Setar.

Mak Hover!

Dengan Member opiz

Bila dah settle keje hari ahad..so isnin kami dha boleh berangkat balik..Sebelum balik pi pekan rabu nak beli Rojak Petis dengan ape yang patut le..aku beli beras pulut le beras pulut hitam ke..dengan tikar mengkuang comel2 untuk alas makan si darwisy yang suka makan sepah2..On the way balik singgah kata Chengkat Jering kat perak makan tengahhari kat situ..makan MEE UDANG yang di katakan famous sesangat kat situ..kat area mana..korang exit je tol chengkat jering pastu ko amik kiri.. dalam 500meter ko signel ke kanan..dia kat dalam2 kebun sikit tapi ada le signboard kat situ..

Aku makan Mee Udang..Harga untuk mangkuk biasa RM6.50 sahaja udang beso2 ada 3 ekor..cukup le tu..Tapi aku yang mempunyai perut agak beso order MEE UDANG SPECIAL harga RM 12.50 yeeeee...Udang dia ada dalam 6 ekor tak silap..Member lain semua makan mee udang kecuali sorang makan nasi goreng udang special..cehh! menyesal lak aku tak order nasi goreng special sedap siut..aku siap main tukar2 udang dengan mamat tu..ape aku peduli janji aku dapat rasa udang goreng dengan sambal manis2 tu..fuhhh! memang puas hati dengan harganya..Ni aku tak kisah mahal tapi ada kualitikannn...


MEE UDANG SPECIAL RM 12.50 + Ice Kosong = RM 12.50

Nasi Goreng Special RM 12.00

Kesimpulannya SEDAPP!

Pastu mcm biasa singgah Bidor beli jambu air RM10 dengan jambu batu Rm10..
sampai rumah terus tido..penat beb perjalanan 7 jam tu...

Wednesday, November 18, 2009

4 WEEKS++

Sepanjang hari ni aku risau sesangat..Dari semalam ada keluar darah mcm early period..Call pusrawi Jalan Ipoh dia kata doktor Maiyasah ada kul 3.00ptg..Punya le aku tunggu kul 3.00ptg mcm setahun gitu..Lambat gila jam berputar..

Pagi aku "mengidam" tomyam..xoxo! ke patut kul 8.00pagi nak makan tomyam??? Pastu tengahari tegak aku nak sangat makan pisang goreng..Time ni le susah bebenor nak cari benda semua ni..

Kul 3.00ptg berdezoop aku pi Pusrawi Jalan Ipoh..Dah takde le aku nak tunggu malam ni pi KPMC lak..Laki aku kata malam kang baru pi scan kat KPMC..peh!!! Mak tak tahan nak tunggu..Berdegap degup jantung ni memikirkan baby ni..Sampai2 memang takde orang Alhamdulillah idak le aku nak bertukun menunggu turn..daftar, duduk..tingtong!! no.82 naik..Masuk je aku terus cite ape yang jadi..so doktor kata mari kita scan..tengok2 baby takde!!

blurp!!!

Memang le takde sebab 3-4 minggu baru wujudnya karung sajork! baby tak nampak lagi..yeke..lebih kurang le..hehehehe! doktor cakap duedate baby mungkin 1 ogos 2010!!! horeeeee...Anak Merdeka!!!! hahahahahaha...


Itu karung untuk baby..cemetot je lagi sebab tu orang kata saya macam tak pregnant..xoxo!

Ubat untuk saya...

Oleh kerana aku cakap ada darah keluar doktor bagi ubat kuat rahim..makan sampai habis..Doktor kata kalau ok baby akan stay kalau tak mungkin aku ada problem dan maksud lain akan berlaku keguguran..So next khamis depan jumpa balik nak tgk progress nyer..Lega sikit hati aku..kite tunggu le seminggu ape perkembangannya..hopefully positif yer..Amin!

Ok tu saja laporan saya hari ini..hikhik!

* Lambat betul nak tau baby girl ke boy..nak sediakan nama ni..semalam aku tanya laki aku nak bagi nama ape kat baby..dia cakap "U DAH KENAPA? AWAL GILA DAH PIKIR" xoxo!

Tuesday, November 17, 2009

MAAFKAN MAMA..

Since semalam aku MC so tadi dok uma saje..tengahari MIL ajak makan luar sebab mungkin dia malas masak..aku lak suda alah tengok ikan..tengok ikan tenggiri yang dah siap potong tu aku nak muntah..peh!

Dah siap2 balik dari makan aku nak tidokan Awisy..dia boleh buat perangai sepahkan bilik dengan mainan..fuhhhhh! aku suruh dia tido "anti" dia kata...mula2 aku sabor.sekali dia boleh amik lipstik aku pi makeup lantai..macam mana lak dia boleh capai lipstik aku ni...aku yang dah nak terlelap terkejut besor sampai ternaik darah..tetiba tangan aku ringan je memberi tamparan wanita kat punggung awisy..

Blurp!!!

Aku tergamam kenapa aku tampar punggung dia..bukan besar sangat salah sampai aku nak pukul macam tu..aku terus menangis dan peluk darwisy sambil pujuk dia.....tetiba aku sensitif menangis.. Darwisy yang terkejut dengan tamparan wanita ni pun melalak!

Kenapa la pulak aku ni...sikit2 meleleh sikit2 meleleh..sensitif betul since aku membawak budak ni...Sudah tu Darwisy terus tido..kesian dia tido dalam sedu sedan..aku bukan marah dia main lipstik tu benor nya aku terkejut, macam mimpi...

Bila papa dia balik dia siap mengadu..sudah!!

" mama babab, akit....cini-cini!" sambil tunjuk punggung dia...

aku diam je buat muka tak berdosa..bila laki aku tanya aku jawab biasa le budak..xoxo!

Maafkan mama Darwisy..

Sunday, November 15, 2009

ALHAMDULILLAH..


Dengan setulus hati aku mengucap syukur..Alhamdulillah...rezeki dari Allah kepada hambanya tak putus-putus..Aku sekali lagi diberi amanah Allah untuk menerima khalifahNya...

Kepada Darwisy..Mama harap kamu terima pemberian ini dengan hati yang ikhlas..
Kepada Papa..Akhirnya impian papa tercapai..
Kepada Baby...Mama harap kamu sentiasa dalam keadaan baik, mungkin kerana mama langsung tak jaga makan + terlampau lasak dengan keje umah..


Patut le akhir2 ni Darwisy sangat2 manja dengan aku..Kalau aku ada jangan harap dia nak dengan sapa2..bibirnya cuma akan menyebut "mama"..


Korang kira orang petama..semua pun tak tahu lagi..termasuk papa dan darwisy..hikhik! esok nak pi klinik so time tu aku nak buat surprise..