Thursday, April 29, 2010

TRIFLE YANG HEBAT!!!

Tetiba Puan punya blog perasan perah santan..


Tahukah anda saya berjaya membikin pudding trifle dengan hebat sekali?
* Abaikan muka Darwisy yang melalak nak kutip fruit cocktail tu..fuhhh!

Kahkah!!!

Sabtu lepas dengan berbekalkan tekad dan niat yang suci murni aku berusaha curi time bikin trifle untuk family..List resepi jangan cakap le hampir 5 resepi aku print dari blog2 kenkawan yang mempunyai resepi hebat sebagai panduan..cehhh!
Yele sabtu ahad lepas hubby busy study utk final so kenalah buat sesuatu yang boleh memberi mood study kat dia..Lepas masak makan tengah hari terus operasi buat benda ni..

Tapi resepi tu aku adjust sikit2 le..siap buat research tau untuk menghasilkan resepi trifle yang hebat dan mudah..kahkah! Laki aku kata aku kalau buat tesis tentang makanan sure dapat A++

Bahan-bahan memang mudah didapati dan memang murah..yang mahal sikit cuma fruit cocktail je le..alah takde le mahal sangat dalam RM 7.00 sajork! Bajed nak buat trifle ni dalam RM 15.oo je tapi boleh makan dalam 7-8 orang..murah bukan?? Yele kalau korang nak beli paling murah dalam RM50.00..tapi ada yang jual sampai RM70.00 mungkin dia guna buah strawberry so mahal sikit..

Cuma setengah jam sudah siap ok..cepat bukan??

Inilah hasilnya..Masa buat tu tak dan nak snap pic sebab buat cepat2 takut Darwisy kacau..yele adunan semua panas so bahaya..
Yang bekas beso tu kami sekeluarga punya yang kecik sikit tu ipar aku punya ada satu lagi untuk budak2 opis oleh kerana 3 hari tak keje diaorang dah settlekan..sorry ye kawan2 next week aku buat lagi ok!

Darwisy dah tak sabar nak makan..dia makan sungguh2 pastu kutip semua fruit cocktail tu..

Close up sikittttt..
Fuhh..rupa memang parah sikit le tapi rasa sure sedap..
Yang penting mak mertua den kata sedap pastu makan banyak tau..
Vangga!!!
Nak resepi ok try resepi kat bawah ni..telah dia adaptasi dari resepi kenkawan blog yang pemurah sedekahkan resepi mereka..


RESEPI TRIFLE
CAP MAMA AWISY



Bahan Layer A : 1 swiss roll (perisa strawberry)
Potong dalam 1.5cm susun dalam mangkuk kaca yang boleh nampak susunan trifle..tapi aku gula tupperware je..

Bahan Layer B : castard
1 tin susu sejat (cap Idealmilk)
1/2 tin tambahkan air fruit cockrail dalam tin
4 sudu besar tepung castard (cap bird's)
3 sudu gula pasir
1 sudu esen vanilla

CARA MEMASAK CASTARD : Campur semua bahan dalam periuk dan kacau dulu bagi tepung castard larut kemudian baru nyalakan api dapur dan terus kacau sampai kuah castard menjadi pekat dan berkilat .Terus tutup api dan kacau perlahan-lahan bila dan suam sikit baru dituang keatas swiss roll yang dah disusun dalam mangkuk yang sesuai. Kuah castard ni mesti di kacau masa proses memasaknya kalau tak kacau nanti kuah akan jadi berketul-ketul . Kalau nak sos castard lebih pekat tambah lagi tepung castard dan kalau nak lagi manis tambah la gula

Bahan layer C : 1 tin Fruit Cocktail (Cap SPC)
Tos airnya.. Airnya boleh di siram keatas swiss roll dan separuh lagi di masak bersama castard..


Bahan Layer D : Crystal Jelly perisa strawberry (Cap Nona)
Bancuh jelly crsytal mengikut arahan yang diberi pada kotak pembungkus..

CARA NAK SUSUN ATUR TRIFFLE NI :

1. Potong kek swiss roll sederhana tebal dalam 1.5 cm ketebalannya , lepas tu susun kek dalam mangkuk yang sesuai , pastikan semua pemukaan mangkuk ditutup dengan kek .

2. Tuangkan sos castard yang dah dimasak tadi secara perlahan-lahan sampai menutupi lapisan kek tadi dan biar sampai sos castard sejuk .

3. Ambil semua fruit cocktail dalam tin yang sudah ditos awal tadi dan susunlah diatas sos castard tadi.

4. Bancuh jelly crsytal mengikut arahan yang diberi pada kotak pembungkus dan tuangkan secara perlahan-lahan atau menggunakan senduk ceduk jelly ini dan tuang ke atas buah-buahan tadi secara perlahan-lahan sampai habis jelly ini.

5. Biarkan jelly sejuk dan mengeras sikit dan boleh la dimasukkan triffle ni ke dalam peti sejuk , bila jelly dah keras boleh la dimakan bersama whipping cream ( jika mahu..aku tak letak pun..)

Lapisan triffle - paling bawah ada lah kek , sos castard , susun fruit cocktail dalam tin dan jelly crsytal.

11 comments:

  1. thanx for the recipe.. saya pernah buat dulu.. tp tak jadi. harap2 menjadi kalau cuba recipe ni.

    ReplyDelete
  2. ratna : siti 1st time nasib jadi kalau tak fuhhh..

    ReplyDelete
  3. balik kg nanti nk cuba buat pudding ni jgk..
    :p
    mcm sedap je..hehehe

    ReplyDelete
  4. faten : memang sedap try ler..

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum..saya baru disini & saya baru buat semlm triffle nih tapi x berapa nak jd sgt...nak cuba resepi nih...mcm best je...hihihi

    ReplyDelete
  6. boleh guna susu segar tak?

    ReplyDelete
  7. Increаse the tempегаture of the oѵеn tо 450 dеgrееs.
    Yοu can also dгaw ԁesigns оn
    the bugѕ' backs with ketchup or mustard. Sometimes the pizza slice seller will place your precious portion inside of a triangle-shaped cardboard container, smile, then wave you on your merry way.

    Also visit my web page: pizza pan akron

    ReplyDelete
  8. Hey there! Do you use Twitter? I'd like to follow you if that would be okay. I'm
    definitely enjoying your blog and look forward to new updates.


    Stop by my web-site Was kann man an einem Kindergeburtstag mit M㣣hen und Buben im

    ReplyDelete
  9. mcm xsodap je...ilek gurau mnja, tq publish! will try

    ReplyDelete