Friday, March 8, 2013

SABAH! holiday penuh cuak!

Gempak!

Mana taknya. 27 Feb 2013 kemarin kami fly pi Kota Kinabalu, Sabah. Family trip..
Sekali 1 Mac 2013 ada pulak tembak-tembak kat Lahad Datu.

OhMy! Lahat Datu nak ke Kota Kinabali 6 jam je kot. kiranya memang dekat je.
Cuba ko bayangkan..berita tembak-tembak, pastu penggal-penggal, pastu cincang-cincang, pastu korek mata pastu bom Kg. Tanduo. fuhhhh!

Bila tengok berita kerajaan kata ok. Keadaan KK pun ok so kami redah je. Segala pelusuk sabah kami redah. Gunung ganang, bukit bukau, pulau-pulau. Puas hati!

Dalam plan kami nak ke sandakan pastu nak pi semporna. emmm! takpe. takde rezeki. bila dah aman kami pasti sampai ke Semporna dan Mabul. InsyaAllah.



Hari pertama (27 Feb 2013)

Percutian yang telah lama dirancang. dari 27 Feb 2013 - 6 Mac 2013.
8 hari 7 malam. lama tak? Puas hati aku.
senang ek ada pasport. cop bagi penuh page. #poyo


Standard le..asal naik airasia mesti nak bergambar kat situ.pastu kena sound tak boleh amik gambo. kekeke!

Mr.Papa nak jugak. ekk! Nampak tak baju kami sedondon #poyo

 
Bendealah ni sedap bebeno. Dapat free sebab member Mr.papa bagi. kebetulan farah bertugas. Farah tu ketua stewardess. so byk dia bg Awisy.Aku tak beli pun makan kat atas. dah makan siap-siap. Ingat kalau farah tak bagi nak juga beli sandwich ke muffin ke. orang dah bagi so jimat le duit. hihihi

Sampai je terus check-in Marina Court Resort, K.Kinabalu. Kami amik dengan Jack. Apartment dia ni bagus. servis bagus.satu rumah ada 3 bilik. rumah pun besar. rasanya ada 1200sq. harga 1 malam rm260 tapi untuk 7 malam le. kami amik 2 unit untuk 15 orang termasuk kanak-kanak. Kalau ko dok sini tak payah bawak baju banyak2. ada mesin basuh. cuaca pun kebetulan panas memang kejap je dah kering. menyesal aku bawak baju banyak. berat je. Dapur pun lengkap. periuk nasi, kettel, periuk kuali sudip sepatah lengkap peralatan masak selain tu ada peti ais. tapi aku siap bawak sabuh taharah untuk samak. pastu laki aku siap turun cari tanah nak samak. 8 hari tu nak duduk. kebetulan Awisy ni memang susah kalau makan kat luar. dia banyak main dari makan. balik rumah baru lapar. tapi kami tak masak pun tapaw je. kekeke! paling kuat masak maggie. hahaha!

Apartment ni best bersih. swimming pool pun bersih. so senang hati le aku dok situ 8 hari.

dah settle semua kami terus late lunch kat Choice India Restaurant. Kat sini Nasi baryani dia sedap. entah ke aku lapo sangat. Tapi agak-agak ko nak makan nasi baryani kat KK pi le situ. heran pulak aku Awisy boleh makan nasi goreng pataya habis sepinggan. haha!

balik rehat. 

Malam tu swimming, makan mcd  terus tido. 



Hari ke-2 ( 28 Feb 2013)

 Siang tu jalan-jalan KK je.


Malam pulak makan kat Restoran Puteri Hang Li Po. Lokasi dekat Karamunsing Kapital. Sedap kooo..harga ok. tempat selesa.


Lepas makan singgah Tanjung Aru pulak. Nak pekena sayap pulak. gila perut tak tau maksud kenyang. kesian aku tengok perut aku dah boncit. hahaha. sampaikan Awisy boleh cakap "mama ni asik makan je. tak kenyang ke.." dalam hati aku "sebok ko".. Tekak ni nak makan jambu potong giant kat situ. kekekeke!


 Nampak tak sayap. Chicken Wing le. sedap!
Tapi rasanya tak payah kot ko nak makan sangat kat Tanjung Aru tu. kami order Kerapu stim. ekkk! macam tak boleh blah kat tekak aku. Kesian pada yang lapoo.. sapa suruh pi swimming sampai tak ikut makan kat Hang Li Po. hahaha!


Sotong bakar. ok le. sedap jugak. tapi dah kenyangkan.



Hari ke-3  ( 1 Mac 2013)

Awalnya kami pi bawak budak2 tengok wayang cite Rock OO..Mr.Papa tinggal pasal nak solat jumaat. tetiba dia mssg yang dia dah beli tshirt hardrock. Hardrock shop tu kat depan marina apartment yg kitaorg duduk je. emmm...balik tengok wayang terus singgah. aku belikan koleksi baju untuk Awisy kat Hard Rock Shop jugak.

rombongan cik kiah!

 
Awisy tu tengah bengang tu dia nak beli drum stick kat situ. pengaruh cite rock oo. haha!
 
 
 hihihi. hasil tuaian

 Ok ni untuk aku. Baju malas le nak beli dah ada 5 helai kot. Beijing, Bangkok, Bali, Jakarta dengan Singapore. hehe. Dengki dengan laki siap cakap "ala Sabah je kot" hehe. walhal design yang aku suka takde saiz aku. Panggg!

Malam kami siap-siap sebab malam tu majlis pertunangan azhar dengan yenny. So malam tu makan kenduri le.

 hehe. Cute je aku tengok si yenny ni. comel. InsyaAllah bulan 6 kami datang lagi untuk majlis nikah pulak. fuh!

lepas majlis dok rumah je tengok berita. Masa ni cuak berdebar-debar sebab orang-orang suluk dan start serang lahat datu.

lagi pun kami kena rest sebab esoknya nak redah pulau.


Hari ke-4 (2 Mac 2013)

wah! seronoknya nak pi snorkeling..last snorkeling kat pangkor last year. tapi sini best. pantai besar pastu tade batu macam kat pangkor.

naik boat. 1 kepala rm25 untuk pulau manukan je pastu tambah 10 ringit untuk pi pulau sapi dengan mamutik. 1 set alat snorkeling rm15.
 
Subahanallah. Cantikkan ciptaan Allah. Alhamdulillah ni kali kedua aku sampai ke Pulau2 ni. Mr. Papa dengan Awisy 1st time le.


Awisy gembira betul. Asalnya memang nak snorkeling kat pulau sapi. memikirkan orang lain semua 1st time nak cuba so aku putuskan pi manukan je. dekat sapi ramai betul orang. orang ank scuba diving lagi. kalau aku bertiga je memang le aku pi sapi je sbb aku nak diving. takpe le. manukan pun ok apa. hehe!

 
puas hati kitaorang snorkeling. hehe!

kita orang naik kedarat dalam kul 3.00ptg.
balik makan tengahari kat Restoran Getaran Jiwa, Alam Mesra opposite 1Borneo Mall. makan nasi campur. gila kebuluran time ni. dah le nak cari makan sikit punya jauh. tapi kalau korang nak cari makan melayu yang rasa tekak semenanjung sini ok. ala dekat dengan Unimas. tune hotel pun dekat situ.

Info :
Restoran Getaran Jiwa & Katering
Lot 9, Ground Floor,
Block B, 
Alamesra Plaza Utama,
Jalan Sulaman,
Kota Kinabalu, Sabah
 

Balik rehat. tido. pastu malam nak layan seafood dekat filipino market pulak.
cuak cuak jugak tapi tengok rami orang kami buat dek jek

Kerapu Stim Nyonya.
Malam tu dinner kat Filipino market.
Ikan kerapu merah. Harga rm28. peh! sekilo rm 30 je kot siap masak. 


Kalau korang nak tengok ikan pelik-pelik datang le sini. besttt! murah lak tu..


Dah kenyang kita orang layan dimsum pulak. tapaw bawak balik
kalau korang suka makan dim um aku suggestkan makan dekat Fook Yuen Cafe terletak di Gaya Street. Halal ni

3 malam berturut makan benda ni. biras aku suka sangat dengan dimsum. aku layan pulut ayam tu je. sedap ooo..

pastu kami jenjalan Menara Pemerhati Bukit Bendera atau dalam bahasa omputihnya, Signal Hill Observatory Platform, merupakan titik tertinggi di bandaraya Kota Kinabalu. Merupakan lokasi terbaik untuk melihat pemandangan yang mabeles bandaraya Kota Kinabalu.

tengok KK sambil makan dimsum. pehhh! nak amik gambo pun tak nak sangat. yele malam kan.. haha! 


pastu balik sebab esok nak pi kundasang pulak.


Hari ke-5 (3 Mac 2013)

Hari ni bangun awal sebab nak pi Kundasang. kul 6am dah standby nak gerak. Gerak awal pasal takut jammed yelekan Sabah start banyak roadblock sbb kes penceroboh tu. 

last2 gerak kul 7am. haha! biasa le gerak ramai2 jadi macam ni ni. 
sampai ke kaki gunung kul 10.20am macam tu. tak banyak kete pun. mungkin orang pun tak naik gunung sebab takut. kitaorang je berani terlebih.

 
sepanjang naik tu Awisy tido. mengantuk sebab semalam balik lambatkan. pastu kena bangun awal. bagus jugak aku rasa kalau dia sedar memang memekak le kat telinga aku sbb telinga dia berdengung. 
Nasihat aku kalau korang ada anak besar Awisy. korang beli le mentos ke seumpamanya untuk dia kunyah bila naik flight ke naik gunung ke naik genting ke. sebab bila dia kunyah gula-gula boleh mengelakkan telinga dia berdengung.

Akhirnya kami bertiga sampai ke Gunung Kinabalu. Alhamdulillah.

 
potret keluarga di gunung kinabalu.

hehehe! tengok peha aku. gemuk duduk sabah. makan je.
 tapi seluar tu saiz 26. ok lg le boleh sarungkan. Panggg!

turun dari gunung kinabalu kami terus pi makan kat kedai makan dekat pekan kundasang. Ayah tak sihat pulak. so lepas makan 1 kenderaan terpaksa balik. 1 kenderaan lagi teruskan perjalanan ke Desa Cattle Mesilau,Ranau.


kenkonon nak feeling ala new zealand le. sampai-sampai Awisy jerit "busuk! bau taikk lembu" cepat-cepat aku tarik dia masuk dalam kedai tu. beli susu dengan aiskrim.

tapi korang kalau pi situ makan le aiskrim dia. gila yummy! sejuk2 pun aku layan jugak sbb sedap. lemak berkrimmmm.

 harga susu. susu ni tahan 4 jam je ye. toksah beli banyak-banyak. beli untuk minum je.

 Nak bergambar dengan lembu tapi takut. bergambar dari jauh je. kalau korang nak perah susu lembu ke nak menyusukan lembu ke sila datang kul 3.00pm.


3 beranak. Awisy asik marah je sebab aku asik paksa dia amik gambar. kekeke



 tengok awisy tengah hangin..hahaha!

turun dari Desa Cattle, berbekalkan susu segar kami teruskan perjalanan ke strawberry garden. yang ni aku tak paham. lokasi dekat hotel strawberry garden  tapi kami keliru entah mana ladangnya. so masuk beli strawberry yang alahai cemetot dengan strawberry halwa tu terus blah..



 seterusnya pi pekan kundasang kejap nak beli keledek nak rebus. dah beli-beli terus menuju ke
Rumah Terbalik (Upside Down House) Tuaran

nak info lanjut klik sini
 




Panas betul. ergh! Aku rasa Awisy je suka dan kagum beria masuk upside down house ni. kita orang benggang pasal rm10 bayar pastu tak boleh amik gambar dalam rumah tu. pastu masuk toilet rm2. Apakah?

Awisy pulak dok memikir macam mana ultraman boleh berada kat atas lampu berada kat lantai.

haha!

sampai sekarang dia dok memikir tu. huhu.

jam 4 ptg macam tu terus balik ke KK. fuhh! jammed le. roadblock kan..

berenti makan dekat 1 restoran dekat kamunsing. tak makan sangat pun. tekak tak berapa nak terima.

malam tu makan kat  
 Mutiara Seafood Restaurant, located at Sedco Complex, Kampung Air

 
best tak? lobster tu dekat 1.3kg.
sedapppp!

lapar sangat kot sampai tak sempat amik gambar. tapi kalau korang nak info klik sini
kali ni keluarga yenny yang belanja. so makan sampai boleh tapaw bawak balik le. gila sendat perut. biruk gilakan.

kenyang terus balik.


Hari ke-6 ( 4 Mac 2013)

hari ni relax je kat apartment. swimming, makan pastu tido.
jalan-jalan KK. malam makan mcD pastu jalan-jalan kat warisan square, singgah beli air starbucks. shopping kat roxy pastu masuk quiksilver. ekk!

balik apartment swimming lagi layankan Awisy dia penat lapar masakkan maggie. pastu tido!

Hari ke-7 (5 mac 2013)
 hari ni pulak pi penampang. melawat klinik azhar keje. jenjalan. makan-makan dekat depan apartment marina. keadaan KK ok aman je. 


 tengok sempat lagi Awisy..
dia siap tanya diaorang " uncle bila nak perang ni...."
boleh?

alang-alang dah kul 6.00ptg terus dinner kat situ. dekat medan selera Anjung Senja Broadwalk. kami pilih kedai yang hujung sekali. lupa le namanya.


3 ikan ni siap masak harganya rm80..murah kan?
 

macam biasa le awisy taknak bergambar! aku paksa dia nangis
kekeke!

 
ni je sempat aku amik gambar..lapor sangat...
kekekeke!

dah kenyang balik solat pastu malam pi Pasar Malam Kampung Air Kota Kinabalu.
Layankan Awisy nak beli gelang pearl untuk teacher dia. emm..belikan keychain untuk kawan2 dia sekelas dengan gelang untuk teacher dengan teacher masa dia 4 ladybird. 
 
tidokan Awisy pastu kami berdua turun pi 7Eleven. teringin nak beli roti tausa kacang merah. Roti ni jual kat 7E kat KK je. sedap kot. yummy!
 
dah penat balik. 
 
 
Hari ke-8 (6 mac 2013)
 
Pagi ni basuh baju-baju kotor. pastu plan dengan Mr.Papa nak pi pasar filipino nak cari seaweed dengan ikan bilis yang member kirim. 
 
sebelum tu layan awisy swimming pasal hari ni last day kan. dah settel kami terus siap2 nak pi pasar.
 
Pagi tu nampak ok je. Aku dengan Mr.Papa pekakkan telinga je pasal bom perang bagai. so far KK memang aman tenang je. beli-beli apa yang patut terus bla..takdenya nak jalan-jalan usha amik gambar. cuak koo..
 
pastu terus cari makan dekat area situ je. tapaw lauk bawak balik je. sampai rumah masak nasi terus ngappp!

hari ni last day kat KK. rasa macam dah homesick + cuak membuatkan kami tak sabar nak balik.
Petang tu Mr.Papa sempat pi jenjalan ke Muzium dengan jenjalan kat karambunai.. erghh!
Awisy tidokan so malas nak kuar. setakat nak checkin nexus karambunai malas nak ikut. kalau dapat tido semalam nak jugak..haha! ayat orang jelos tak?

Kul 7 malam kami bertolak ke airport. check in barang terus makan kat KFC.
Kul 10.00mlm kami fly balik KL. 

Alhamdulillah semua selamat sampai rumah jam 2.30pagi

Begitu le percutian paling panjang dan penuh cuak kami ke Sabah.


3 comments:

  1. mak aiiihh..lama giler! eh kat sana ko sewa transport ke? - amie

    ReplyDelete
    Replies
    1. amie : ye sewa unser. ikutkan nak pusing sabah. dah jadi mcm ni so pi tempat yg selamat je.

      Delete
  2. Heу there ωould yοu mind letting me κnοw which webhоst you're utilizing? I'vе loadeԁ your
    blog in 3 сompletely different inteгnet browsers and I muѕt
    saу this blog lоads a lot quіcκеr then most.
    Can yοu ѕuggest a good intеrnet hоѕting pгovidег
    аt a reаsonable prіce? Cheers, I aрpreciate it!


    Heге іs my site ... Thailand Phuket Resorts
    my web site > Thailand Phuket Motels

    ReplyDelete